♥RainbowLife♥
Apabila berbicara tentang "Sahabat"
Friday 21 June 2013 |0 Smart&Cute People Talk

Assalamualaikum ..


Lamanya tidak update blog.. tapi tidaklah sampai berzaman lamanya.. hehehe.. aku asyik sibuk memanjang.. banyak benda kena buat.. SPM tu tahun ni..  tidak boleh ditundah ke tahun depan.. nampak sangatkah yang aku ni macam tak ada kerja?? nampak macam tak ada kerja, tapi kalau diperhatikan memang banyak.. :] .. entah hari ni aku tiba-tiba sedih.. aku terfikir.. layakkah aku menjalinkan persahabatan itu lagi? sedangkan sekarang ni sangat ketara yang perhubungan ini semakin rapuh.. 

diriku sendiri tidak tahu bagaimana tuk genggamnya erat lagi.. aku rasa semakin menjauh.. apa yang sebenarnya wujud dalam persahabatan kami? adakah kasih sayang? atau material semata-mata? aku sedih.. aku sentiasa berharap untuk setiap hari kami bersahabat seperti sahabat-sahabat lain.. yang mana aku lihat, sentiasa bersama-sama walaupun mereka di mana sahaja.. mereka bergurau tetapi gurauan itu tiada yang menyentuh perasaan.. seronokkan macam tu.. mungkin aku juga yang silap, aku tidak dapat menjaga sahabatku itu dengan baik.. sehinggakan dia mulai rapat dengan orang lain.. 

kadang-kadang aku merasakan hanya diperlukan saat dia perlukan aku.. tapi aku memang bertekad dalam diri tuk sentiasa membantunya walaupun dia melakukan aku seperti itu.. sahabat mana yang tidak sedih diperbuat seperti itu.. walaupun kami tidak mempunyai banyak minat yang sama, sekurang-kurangnya dia perlu menghargai persahabatan kami yang wujud sejak sekian lama... oleh kerana dia mulai rapat dengan orang lain, aku mengambil keputusan untuk mencari sahabat yang hampir mempunyai nasib yang sama dengan aku.. dan sekarang aku bersyukur..

 aku telah menemuinya.. tapi kenapa? kenapa aku mencari seseorang yang mempunyai nasib yang sama denganku? kerana aku tahu, orang itu akan memahami apa yang aku rasa apabila disakiti oleh sahabat sendiri... yang baiknya, aku dan orang itu berkongsi minat yang sama.. aku bertekad tuk menjaga sahabatku yang satu ini kerana dia sentiasa berada denganku saat aku susah.. aku tidak memerlukan seorang yang sempurna untuk menjadi sahabatku, tapi cukuplah dia seorang yang memahami.. aku sedar bahawa aku bukan seorang yang cukup baik untuk dijadikan sahabat yang sempurna, tapi sekurang-kurangnya aku faham apa itu persahabatan.. sekurang-kurangnya aku boleh menghargai sahabatku yang selalu menjaga aku.. yang selalu memahami aku..

 walaupun sekarang ini aku tahu yang aku sangat mustahil untuk rapat dengannya semula disebabkan dia sudah mempunyai sahabat yang jauh lebih hebat, baik dari aku, tetapi aku tidak akan pernah melupakan apa yang dia pernah buat dengan aku.. sejujurnya, dia memang seorang yang baik.. tapi kadang-kadang aku kecil hati dengan dia.. mungkin aku belum biasa.. tapi dia pun perlu tahu apa yang dia perlu buat apabila berdepan dengan sahabatnya... walaupun sahabatnya sendiri, kata-kata yang menyakitkan hati, dia tidak boleh cakap.. mungkin itulah dirinya..aku tidak boleh paksa dia melakukan benda yang berlainan dengan dirinya.. maknanya, dia terpaksa melakukannya.. tapi aku ingin dia melakukan sesuatu itu, berdasarkan hatinya yang tulus dan tidak mengungkit semula tentang kebaikan yang dia pernah buat dengan aku..

aku mudah sedih jika dikaitkan dengan persahabatan.. lebih baik aku tidak mempunyai sahabat jika semua sahabatku tidak menghargai aku.. tapi, tidak kesemuanya.. aku sayang sahabatku.. apabila aku sayang dengan sahabatku itu, aku sanggup untuk melakukan apa sahaja.. tetapi apabila mereka menunjukkan suatu sikap yang kurang menyenangkan, aku bukan benci tetapi aku sedih.... apapun, aku tetap bahagia denga kehidupan aku seorang.. cukup bahagia.. haha, terlalu emosional aku kali ni.. tapi inilah yang aku ingin luahkan..

ke pada yang punya sahabat rapat tu, fikirlah baik-baik.. apa yang kita lakukan terhadap sahabat kita sebelum ini?? kita tinggalkannya ataupun sentiasa bersama dengan kita walau berada jauh?? apakah kita tahu masalah yang dihadapi olehnya?? pernahkah kita mencuba untuk memahami perasaannya terhadap apa yang kita katakan kepadanya?? pernahkah?? adakah kita bersahabat dan mendekati dia hanya sewaktu kita sepi?? adakah kita pernah melayaninya apabila kita tengah khusyuk bercerita tentang minat kita sewaktu bersama dengan orang lain?? pernahkah kita melayaninya dengan baik selayaknya seorang sahabat??

jawablah dalam diri masing-masing.. aku pun bukanlah sahabat yang sempurna.. tapi walaupun aku ni tidak sempurna, aku bukanlah jenis sahabat yang sia-siakan sahabatnya..

Cerita Si Penulis
Thursday 28 February 2013 |0 Smart&Cute People Talk
assalamualaikum... rajinnya kamu baca entry ku yang tdak sbrapa ni... macamlah ada yang baca kan? kalau memang ada, angguk sikit.. haha.. X) .. walaupun sekarang ni hampir jam 12 t/m da, tapi mataku tetap segar menatap skrin ni.. tanganku pulak masih bersemangat dan masih mampu utk menaip.. 

banyak peristiwa yang berlaku tadi.. tapi aku tidak mampu tuk cerita kesemuanya... sikit-sikit tu bolehlah.. mau tau apa dia?? key, teruskan baca.. ya! teruskan baca.. tadi waktu kat kelas, aku lagi cerita-cerita tentang kek dengan kawan ku yang seorang ni.. namanya rina.. lepas tu, tiba-tiba jak datang seorang kawan ku ni.. namanya.. err.. tidak payahlah kamu tau kan.. setelah sekian lama, baru kami boleh borak-borak.. ntah apa jak yang kami borakkan.. hahaha.. tapi dalam hati kecilku, aku gembira dengan perubahan yang berlaku dengan dia.. setidaknya sekarang ni, dia lebih okey berbanding dulu.. kalau dulu, alahai! tidur seja kerja nya dalam kelas..
bila dengar ceritanya tadi, nampak sangat yang dia gembira dan selesa dengan keadaan nya sekarang ni.. baguslah tu kan.. keep it up! ^_^

seterusnya, hal yang aku mau cerita ialah waktu aku kat pss.. banyak juga perkara seronok yang terjadi hari ni.. dan.. ada juga perkara yang buat aku m.a.r.a.h... bila 2 orang budak tu datang, memang buat aku naik angin... siapa yang tidak geram kan kalau di ganggu waktu buat kerja... bila nampak orang buat kerja pun di bawa main-main.. okeylah kalau kerja tu senang, ni pula kerja tu perlu fokus.. silap sikit, waduh! terus salah semua..

yang seronoknya tadi banyaak... tapi tidak tau mau cerita yang mana satu.. okey! yang ni lah.. entah kenapa hari ni rakan-rakan seperjuangan ku iaitu pengawas pss yang lain sangatlah spoting.. sebelum ni, dorang memang macam tu pun.. natural dri diri mereka.. itu yang buat aku selesa berkawan dengan mereka walaupun kadang-kadang buat aku geram.. haha.. walaupun berlainan tingkatan, tapi kami ni macam satu umur seja semua.. hampir sama perangai.. lucu bila terkenangkan balik.. aku bersyukur kerana menjadi salah seorang yang dapat mengenali mereka.. susah tau dapat kawan macam mereka.. :)
7 minggu lagi
Wednesday 27 February 2013 |0 Smart&Cute People Talk
Assalamualaikum .. hari ni sangat penat.. secara jujurnya,
begitulah... hihihi.. penat macam mana pun, aku boleh senyum dan gembira lagi.. sebab? sebab aku da gila? haha.. jangan fikir begitu pulak.. eh tidaklah.. aku macam tu sebab sedikit demi sedikit, kerja ku selesai.. walaupun aku tahu banyak lagi kerja tu, tapi adalah jugak yang siap.. okeylah tu kan...hanya 7 minggu jak lagi.. ya!! 7 minggu lagi... apa? lama lagi? 7 minggu tu sekejap jak tu.. macam sekarang ni, sudah bulan 2 kan... tidak lama lagi bulan 3 sudah... bulan mac ada hari istimewa ku.. jangan di lupa..:) sebenarnya 7 minggu tu tempoh masa yang di bagi sebelum, sebelum... mau tau kah?? adalah.. nanti aku bagitau kalau masanya sudah sampai...

itulah sekarang ni sibuk sangat.. bukan setakat aku jak, rakan-rakan yang lain pun sibuk jugak... ada satu hari tu, aku terfikir untuk letak jawatan.. sebab terlalu berat tanggungjawab ku.. aku takut nanti aku tidak dapat pikul malahan memberikan kesan yang buruk dengan orang lain... bila difikir balik, mungkin aku tidak perlu untuk letak jawatan... inilah yang aku inginkan dari dulu, bukan? kenapa harus berbuat keputusan yang boleh membuatkan aku akan menyesal... 

aku buat semua ni jugak untuk sekolah... bukan hanya untuk diri aku... mungkin aku perlukan sedikit masa supaya dapat sesuaikan diri untuk berada di situasi aku sekatang ni.. ya! mungkin begitu yang patut kan.... ^_^
Permata yang sungguh mahal harganya
Monday 25 February 2013 |0 Smart&Cute People Talk


Assalamualaikum readers yang tengah khusyuk menatap skrin tu.. siapa pun kau, terima kasih sebab sudi baca luahan hati aku ni.. mungkin kau tidak aku kenali, mungkin juga aku kenali.. hehe.. hari ni aku belajar banyak.. terutamanya yang berkait rapat dengan persahabatan.. mungkin apa yang akan aku katakan nanti ni pernah kamu dengar dan agak lapuk pada fikiran kamu.. tapi, aku mau cerita jugak.. ^_^

siapa yang tidak kenal dengan namanya persahabatan kan.. semua ada sahabat. dari kecil lagi.. tapi, kalau waktu kita masih di zaman kanak-kanak, kita masih tidak faham lagi tentang persahabatan ni.. kalau dulu, orang tu kita kenal kah atau tidak, yang penting nampak macam seumur kita, kita tetap main-main dengan mereka.. main sorok-soroklah.. ada juga main "jadi-jadi".. haha.. bila terkenangkan zaman kanak-kanak, rasa rindu pulak..

hmm..oke.. berbalik dengan cerita ku yang tadi ni.. memang sedihkan bila kita duduk satu kelas tapi rasa di sisihkan oleh rakan-rakan yang lain.. oh yeah! aku juga pernah rasa macam tu.. sampai saat ini, terkadang diri ini masih rasa tersisih.. adakah sesuatu perbuatan ku tu buat mereka menyampah? tapi apa? bila terdengarkan cerita rakan ku yang satu ni, terbit perasaan kesian ku pada dia.. rupa-rupanya dia juga pernah rasa macam tu.. walaupun macam tu, aku memang "tabik" dengan dia.. 

tau kenapa? walaupun orang selalu pandang rendah dengan dia, tapi banyak orang yang tidak tahu bahawa dia punya hati yang cukup kuat.. cekal.. bukan semua orang boleh tabah seperti dia.. sabar walaupun banyak orang mengata.. walaupun macam tu, tau tidak? dia seorang yang hebat.. dialah yang selalu ajar aku cara pengiraan kimia, fizik ataupun addmath.. aku tidak mau dia rasa tersisih... aku mau dia sentiasa berfikir yang dia juga ada sahabat sepertimana orang lain yang punya sahabat..   sedih bila kita dapat tahu jika rakan kita tu hanya mahu rapat dengan kita saat dia perlukan pertolongan.. aku sebenarnya tidak kisah.. sebab ada kata-kata tentang persahabatan yang berbunyi begini:

saya mungkin bukan teman yang sempurna yang awak cari, mungkin bukan yang terbaik, tapi yang pasti saya adalah orang yang sentiasa ambil berat terhadap awak saat semua orang tinggalkan awak

oke, mesti ada yang sangka aku ni trep baik..janganlah sampai fikir macam tu ya.. tapi, memang itulah kata-kata yang aku pegang dari dulu.. tidak mengapa kalau sahabat aku sendiri sakitkan aku.. aku tidak kisah.. aku cuma berharap yang dia akan  cepat sedar bahawa dia ada seorang sahabat yang sayangkan dia.. sekarang ni, memang susah untuk mencari sahabat yang ambil berat dengan kita.. kalau ada di antara kamu yang punya sahabat macam tu, jagalah dia baik-baik.. jagalah hatinya.. 

jangan suka bercakap yang boleh menimbulkan rasa tidak puas hati dalam diri dia.. bila kita bersahabat, buatlah rakan kita tu rasa selamat dengan kita.. bila dia marah, biarlah kita menjadi penyejuk hati mereka.. bila mereka ada masalah, kita cuba membantu semampu kita.. bila kita nampak rakan kita bermasalah, tegurlah dia , bukan hanya menggunakan mata tu untuk lihat jak apa yang akan jadi.. jika kita sayang sahabat kita, jadilah sahabat yang terbaik untuk dia.. ^_^



Inilah yang aku perlu lalui



Assalamualaikum . kalau sudi baca entry ku kali ni, teruskan membaca.. tapi kalau sudah ngantuk tu atau penat, janganlah teruskan ya.. nanti entry ku kali tambah buat kamu ngantuk dan tambah memenatkan kamu..  baik pergi rehat...hehe.. Apa yang aku mau fokuskan pada entry ku kali ni adalah hal yang berlaku tadi.... aku tidak tau apa yang terjadi dengan diri aku waktu petang tadi kat library.. kenapa aku tiba-tiba jadi "badmood"? fikiran ku bercelaru.. aku cuba untuk tetap tersenyum walaupun aku merasakan pahitnya senyum ku pada waktu tu... 

Akulah seorang insan yang berusaha untuk tetap bertahan.... aku cakap macam tu bukan untuk tunjuk yang diri ku ni kuat.. sungguh.. aku tidak berniat seperti itu.. pada hari ni, aku sedar tugas sebagai setiausaha itu sungguh berat.. punya tanggungjawab yang besar.. perlu sentiasa tekun dan cekap.. aku berusaha untuk menjadi setiausaha yang mampu meringankan kerja ketua ku.. setidaknya, aku mampu menolong mereka.. ya! selepas mesyuarat tadi petang, aku dapati banyak kerja yang aku perlu lakukan.. aku sedar dan juga berfikir, mungkin inilah waktunya untuk aku tunjukkan bahawa aku juga berguna untuk orang lain.. bukan hanya untuk menyusahkan orang lain.. 

untuk siapkan tugasan itu, aku perlu punya mental yang kuat.. tidak mudah untuk berputus asa dan berusaha untuk lakukan yang terbaik.. bagi aku, ini bukanlah perkara yang menjadi beban dalam fikiran ku.. aku terima tugas ni dengan hati yang terbuka.. tapi, bukan hal ini yang membuatkan fikiran aku bercelaru.. tapiiii... ntah, susah untuk aku jelaskan.. Kenapa? haruskah aku jealous? arrgg! ini memang tahap kritikal.. kenapa aku harus fikir macam tu..?? aku yakin, perasaan yang muncul ni cuma permainan.. dan mungkin juga hanya sekejap.. tidak lama lagi akan hilanglah.. ya, perasaan ini hanya cuma gurauan.. aku tidak boleh fikir macam tu,, tak boleh... Hal ni lah yang buat aku jadi diam jak tadi.. apa yang jadi dengan aku ni? tolonglah hati.. jangan buat masalah pada waktu yang macam ni... jangan pernah simpan perasaan tu.. nanti kau kecewa.. haha.. apa yang aku cakap ni.. merapuh jak kan.. hahahaha XD

Ada apa dengan 7 KM?

Assalamualaikum readers yang baik-baik dan juga yang manis-manis belaka... malahan lebih manis daripada yang namanya gula.hehe... oke.. hari ni mau cerita sikit tentang merentas desa yang telah di buat di sekolah aku.. woewoewoe... bukan main jauh lagi tahun ni.. 7 km tu.. kau sanggup? sanggup? secara jujurnya aku memang tidak sanggup.. taapi.! ada tapinya.. untuk menyumbang mata kepada rumah sukan, aku sanggup untuk lari, lari dan lari... kesian aku kan.. hahahaha! oke, perasan.. tetapi malangnya, aku tidak berjaya.. sedih tu memang sedih.. sudahlah tahun ni tahun yang terakhir untuk ikut merentas desa tu kan.. tapi macam orang kata, lebih baik ikut daripada langsung tidak ikut... 

oh yeah! setidaknya aku sudah berusaha.. dan aku cukup puas walaupun ada sedih jugak yang bertapak dalam hati ku.. cewah!...sampai jak kat garisan penamat, mukaku betul-betul macam ayam yang baru di panggang.... hahahaha.. hmm.. tahun ni cuma 10 org paling awal jak diberikan hadiah.. contohnya, untuk 15 tahun ke bawah bagi perempuan & lelaki, 10 orang yang terawal jak yang dapat .. begitu juga dengan 18 tahun ke bawah bagi perempuan & lelaki.... mau tau ka aku dapat nombor berapa? pelari yang ke 17 tu.. hmm.. hampahhh..... tapi aku tetap bersyukur.. macam aku cakap tadi, yang penting aku sudah berusaha.. tunggu softball nanti.. waktu tu aku akan buat yang terbaik untuk tebus kekalahan ku semasa merentas desa tu.. doakan aku ya..



Apabila Perasaan Bersalah itu Hadir
Monday 11 February 2013 |0 Smart&Cute People Talk


Assalamualaikum readers yang cute-cute belaka... tu pun kalau ada yang baca entry ni.. kalau tiada, syok sendiri la aku.. hahaha... hmm.. Hari ni memang ada kaitan dengan tajuk entry ku kali ni. Ingat tidak, sebelum ni aku pernah cerita kan yang selipar ku kena curi.. Ada kamu baca ka? Ada tu aku post. Kalau belum baca, rajin-rajinkan diri tuk baca nanti key.. hihi >_<. Sehari selepas selipar ku kena curi tu, aku sudah boleh terima. Tapi ! Ni yang buat geram dalam hati aku ni datang. Tau kenapa? Pagi hari sabtu tu aku cek lah ni kan kotak pensel ku yang masih tersimpan dalam beg sekolah ku. Semangat la sudah ni mau buat kerja sekolah. Cewah! :) 

ya, betul ni. Aku ndak tipu. waktu mau ambil kotak pensel tu, tetiba pula rasa yang kotak pensel ku tu ringan. Bila di buka, rupanya semua isinya segala pen,pensel,pemadam n banyak lagilah, semuanya tiada. Aku masih fikir positif lagi waktu tu. Tanggapan ku, mungkin jatuh kat dalam beg ku, tu la sampai kosong. Cek jak dalam beg pun tiada. Alahai, kalau macam tu, ke mana isinya tu? Sah-sah memang di curi. Sedih memang sedih. Aku tidak kisah lagi kalau semuanya isinya tu di ambil tapi jangan yang satu ni. Salah satunya tu hadiah dari sahabat ku. Itu pun orang kebas juga. Macam mau nangis ja bha. 

Rasa bersalah sangat sebab tidak dapat jaga tu hadiah yang di bagi sama aku. Seolah-olah aku ni tidak pandai menghargai hadiah. Maaf kawan, aku sudah cuba tuk jaga hadiah yang kau bagi. Tapi, kini aku rasa aku sudah gagal sebagai seorang sahabat. :'( . Yang tinggal dalam kotak pensel tu cuma pengasah pensel jak. Pandai betul orang yang mengambil tu ya. Kenapa tidak ambil semuanya jak kalau macam tu. Geram !-_-
Cuti 5 Hari
Sunday 10 February 2013 |0 Smart&Cute People Talk


Assalamualaikum... Dapat juga aku update blog ni kan. Apa tidaknya, 5 hari cuti. jadi mau juga luangkan waktu kat blog ku ni. Walaupun ruangan ni tidak popular sebagaimana blog-blog yang lain, setidaknya apa yang aku post ni bukan untuk mencari populariti. kalau ada yang baca, bacalah. Tapi kalau tiada pun tidak apa-apa. Hihi.. >_< . Ingatkan 5 hari tu, boleh rehat-rehatkan tangan dan otak ni. Penat yo! Tapi beginilah pelajar kan. Banyak benda kena buat.. 

dalam 5 hari tu, banyak homework yang perlu di buat. Bukan sedikit lagi. tapi baannyyyaaakk. Semoga dalam masa 5 hari tu, bolehlah siap semuanya. InsyaAllah, aku akan usaha untuk siapkan kesemuanya. Setidaknya bila masanya sekolah nanti, tidaklah aku kelam kabut siapkan homework tu.. (kalaudapatlah). Lagipun tahun ni manalah boleh malas-malas (walaupun kadang2 malas ku datang ), SPM tu...
Aku bukan patung

Assalamualaikum .. kepada readers yang sedang membaca post aku ni. Itupun kalau ada. ^_^Aku hairan. Pelbagai soalan yang muncul dalam hati aku ni.. Perlukah hati seorang tu dipermainkan tanpa sebab?.. Biarpun kawan, tapi bila menyangkut pasal hati, tolonglah ambil serius. Hmm.. Tidak hairanlah kalau suatu hari nanti , hati orang tu dipermainkan pula. Aku sedih tau tak. Walaupun hari-hari aku senyum. Setiap detik ataupun setiap saat aku senyum. 

Banyak orang tidak sedar yang sebenarnya dalam hati aku terdapat berjuta luka bila di buat macam tu.. Aku tidak suka dipermainkan. Aku tidak suka jadi bahan gelak atau ejekan. Lebih-lebih lagi kawan sendiri buat macam tu. Oh yeah! Dalam hal ni, biarlah aku tegas sikit. Aku bukan patung yang boleh diperlakukan dengan senang-lenang oleh sesiapa pun. Kawan, aku juga punya perasaan. Mungkin kalau kau yang di buat macam tu, kau okey jak.. tidak ambil kisah pun. Tapi bila kau buat macam tu, fikirlah juga perasaan orang lain. Perasaan manusia berbeza-beza... Sedikit kecewa aku terhadap kau.. Jangan sampai kau menambahkan lagi kekecewaan tu.. Aku cukup menghormati kau.. Jangan sampai hormat ku terhadap kau hilang kalau kau teruskan dengan sikapmu yang macam tu.. 

Tidak berniat untuk menyindir sesiapa.. Hanya sekadar post.. Dan yang paling penting, cerita tu bukan berkaitan tentang aku .. entah, tetiba terfikir macam tu. Sama ada cerita ni benar-benar menceritakan tentang aku ataupun tidak, biarlah itu menjadi peribadi. ^_^

kenapa dengan hari ni?
Friday 8 February 2013 |0 Smart&Cute People Talk


Assalamualaikum.. hari ni mau curhat sikit.. cewah! hehe. kalau mau tau apa yang aku mau cerita kejap lagi, teruskan baca. Ya! engkaulah!.. ^_^ .. macam biasa, setiap petang aku mesti pergi library skolah. Sebagai pengawas pss, mstilah rajin utk turun pusat sumber kan.. Tapi aku ni kadang-kadang pemalas jugak.. haha... Tapi kan, memang banyak kerja yang perlu di buat. Tidak percaya kah? Mestilah banyak sangat. -_- .. tapi tetap seronok. walaupun penat tapi tetap seronok.. 

berbalik dengan hal yang aku mau cerita tu, waktu mau balik ke rumah sudah ni, terus ambil selipar yang aku simpan kat rak. Tapi apa yang terjadi tadi betul-betul membuatkan aku hilang pertimbangan. dalam hati ni macam-macam perasaan yang datang. Ya! aku cemas jugak.Selipar ku hilang?!! siapa yang ambil?? Selipar pun mau di ambil kah??  tak kanlah aku balik berkaki ayam. Nasiblah kawan-kawan ku baik-baik belaka. Dorang sanggup temankan aku sehingga dapatkan selipar untuk aku untuk balik. waaah!! terharu sangat.. tak sangka mereka sanggup buat macam tu walaupun sudah jam 5:29 petang...  

ada yang sibuk tolong carikan selipar ku. ada juga yang sanggup pergi asrama untuk pinjam selipar. bukan itu ja, ada juga yang sanggup pinjamkan seliparnya untuk aku. waktu tu, dia ada bawa kasut.. bersyukur sangat! ... Ada yang dapatkan selipar kat asrama, tapi sayangnya selipar tu besar. Kaki ku terlalu kecil tuk guna tu selipar. Lucu.. :)) tapi walaupun macam tu, terima kasih sangat sebab turut membantu... ^_^

"LIFE IS FULL OF CHALLENGE. FACE IT!!"

CURRENTLY : Cute People(s) is reading
MOOD : Stay Happy, Strong & Smile.


Life Scene Fazila
The Author
"Ada ketikanya orang membenci sesuatu yang pada hakikatnya ia akan mendatangkan kegembiraan baginya"