♥RainbowLife♥
Permata yang sungguh mahal harganya
Monday 25 February 2013 |0 Smart&Cute People Talk


Assalamualaikum readers yang tengah khusyuk menatap skrin tu.. siapa pun kau, terima kasih sebab sudi baca luahan hati aku ni.. mungkin kau tidak aku kenali, mungkin juga aku kenali.. hehe.. hari ni aku belajar banyak.. terutamanya yang berkait rapat dengan persahabatan.. mungkin apa yang akan aku katakan nanti ni pernah kamu dengar dan agak lapuk pada fikiran kamu.. tapi, aku mau cerita jugak.. ^_^

siapa yang tidak kenal dengan namanya persahabatan kan.. semua ada sahabat. dari kecil lagi.. tapi, kalau waktu kita masih di zaman kanak-kanak, kita masih tidak faham lagi tentang persahabatan ni.. kalau dulu, orang tu kita kenal kah atau tidak, yang penting nampak macam seumur kita, kita tetap main-main dengan mereka.. main sorok-soroklah.. ada juga main "jadi-jadi".. haha.. bila terkenangkan zaman kanak-kanak, rasa rindu pulak..

hmm..oke.. berbalik dengan cerita ku yang tadi ni.. memang sedihkan bila kita duduk satu kelas tapi rasa di sisihkan oleh rakan-rakan yang lain.. oh yeah! aku juga pernah rasa macam tu.. sampai saat ini, terkadang diri ini masih rasa tersisih.. adakah sesuatu perbuatan ku tu buat mereka menyampah? tapi apa? bila terdengarkan cerita rakan ku yang satu ni, terbit perasaan kesian ku pada dia.. rupa-rupanya dia juga pernah rasa macam tu.. walaupun macam tu, aku memang "tabik" dengan dia.. 

tau kenapa? walaupun orang selalu pandang rendah dengan dia, tapi banyak orang yang tidak tahu bahawa dia punya hati yang cukup kuat.. cekal.. bukan semua orang boleh tabah seperti dia.. sabar walaupun banyak orang mengata.. walaupun macam tu, tau tidak? dia seorang yang hebat.. dialah yang selalu ajar aku cara pengiraan kimia, fizik ataupun addmath.. aku tidak mau dia rasa tersisih... aku mau dia sentiasa berfikir yang dia juga ada sahabat sepertimana orang lain yang punya sahabat..   sedih bila kita dapat tahu jika rakan kita tu hanya mahu rapat dengan kita saat dia perlukan pertolongan.. aku sebenarnya tidak kisah.. sebab ada kata-kata tentang persahabatan yang berbunyi begini:

saya mungkin bukan teman yang sempurna yang awak cari, mungkin bukan yang terbaik, tapi yang pasti saya adalah orang yang sentiasa ambil berat terhadap awak saat semua orang tinggalkan awak

oke, mesti ada yang sangka aku ni trep baik..janganlah sampai fikir macam tu ya.. tapi, memang itulah kata-kata yang aku pegang dari dulu.. tidak mengapa kalau sahabat aku sendiri sakitkan aku.. aku tidak kisah.. aku cuma berharap yang dia akan  cepat sedar bahawa dia ada seorang sahabat yang sayangkan dia.. sekarang ni, memang susah untuk mencari sahabat yang ambil berat dengan kita.. kalau ada di antara kamu yang punya sahabat macam tu, jagalah dia baik-baik.. jagalah hatinya.. 

jangan suka bercakap yang boleh menimbulkan rasa tidak puas hati dalam diri dia.. bila kita bersahabat, buatlah rakan kita tu rasa selamat dengan kita.. bila dia marah, biarlah kita menjadi penyejuk hati mereka.. bila mereka ada masalah, kita cuba membantu semampu kita.. bila kita nampak rakan kita bermasalah, tegurlah dia , bukan hanya menggunakan mata tu untuk lihat jak apa yang akan jadi.. jika kita sayang sahabat kita, jadilah sahabat yang terbaik untuk dia.. ^_^




"LIFE IS FULL OF CHALLENGE. FACE IT!!"

CURRENTLY : Cute People(s) is reading
MOOD : Stay Happy, Strong & Smile.


Life Scene Fazila
The Author
"Ada ketikanya orang membenci sesuatu yang pada hakikatnya ia akan mendatangkan kegembiraan baginya"