♥RainbowLife♥
Apabila berbicara tentang "Sahabat"
Friday 21 June 2013 |0 Smart&Cute People Talk

Assalamualaikum ..


Lamanya tidak update blog.. tapi tidaklah sampai berzaman lamanya.. hehehe.. aku asyik sibuk memanjang.. banyak benda kena buat.. SPM tu tahun ni..  tidak boleh ditundah ke tahun depan.. nampak sangatkah yang aku ni macam tak ada kerja?? nampak macam tak ada kerja, tapi kalau diperhatikan memang banyak.. :] .. entah hari ni aku tiba-tiba sedih.. aku terfikir.. layakkah aku menjalinkan persahabatan itu lagi? sedangkan sekarang ni sangat ketara yang perhubungan ini semakin rapuh.. 

diriku sendiri tidak tahu bagaimana tuk genggamnya erat lagi.. aku rasa semakin menjauh.. apa yang sebenarnya wujud dalam persahabatan kami? adakah kasih sayang? atau material semata-mata? aku sedih.. aku sentiasa berharap untuk setiap hari kami bersahabat seperti sahabat-sahabat lain.. yang mana aku lihat, sentiasa bersama-sama walaupun mereka di mana sahaja.. mereka bergurau tetapi gurauan itu tiada yang menyentuh perasaan.. seronokkan macam tu.. mungkin aku juga yang silap, aku tidak dapat menjaga sahabatku itu dengan baik.. sehinggakan dia mulai rapat dengan orang lain.. 

kadang-kadang aku merasakan hanya diperlukan saat dia perlukan aku.. tapi aku memang bertekad dalam diri tuk sentiasa membantunya walaupun dia melakukan aku seperti itu.. sahabat mana yang tidak sedih diperbuat seperti itu.. walaupun kami tidak mempunyai banyak minat yang sama, sekurang-kurangnya dia perlu menghargai persahabatan kami yang wujud sejak sekian lama... oleh kerana dia mulai rapat dengan orang lain, aku mengambil keputusan untuk mencari sahabat yang hampir mempunyai nasib yang sama dengan aku.. dan sekarang aku bersyukur..

 aku telah menemuinya.. tapi kenapa? kenapa aku mencari seseorang yang mempunyai nasib yang sama denganku? kerana aku tahu, orang itu akan memahami apa yang aku rasa apabila disakiti oleh sahabat sendiri... yang baiknya, aku dan orang itu berkongsi minat yang sama.. aku bertekad tuk menjaga sahabatku yang satu ini kerana dia sentiasa berada denganku saat aku susah.. aku tidak memerlukan seorang yang sempurna untuk menjadi sahabatku, tapi cukuplah dia seorang yang memahami.. aku sedar bahawa aku bukan seorang yang cukup baik untuk dijadikan sahabat yang sempurna, tapi sekurang-kurangnya aku faham apa itu persahabatan.. sekurang-kurangnya aku boleh menghargai sahabatku yang selalu menjaga aku.. yang selalu memahami aku..

 walaupun sekarang ini aku tahu yang aku sangat mustahil untuk rapat dengannya semula disebabkan dia sudah mempunyai sahabat yang jauh lebih hebat, baik dari aku, tetapi aku tidak akan pernah melupakan apa yang dia pernah buat dengan aku.. sejujurnya, dia memang seorang yang baik.. tapi kadang-kadang aku kecil hati dengan dia.. mungkin aku belum biasa.. tapi dia pun perlu tahu apa yang dia perlu buat apabila berdepan dengan sahabatnya... walaupun sahabatnya sendiri, kata-kata yang menyakitkan hati, dia tidak boleh cakap.. mungkin itulah dirinya..aku tidak boleh paksa dia melakukan benda yang berlainan dengan dirinya.. maknanya, dia terpaksa melakukannya.. tapi aku ingin dia melakukan sesuatu itu, berdasarkan hatinya yang tulus dan tidak mengungkit semula tentang kebaikan yang dia pernah buat dengan aku..

aku mudah sedih jika dikaitkan dengan persahabatan.. lebih baik aku tidak mempunyai sahabat jika semua sahabatku tidak menghargai aku.. tapi, tidak kesemuanya.. aku sayang sahabatku.. apabila aku sayang dengan sahabatku itu, aku sanggup untuk melakukan apa sahaja.. tetapi apabila mereka menunjukkan suatu sikap yang kurang menyenangkan, aku bukan benci tetapi aku sedih.... apapun, aku tetap bahagia denga kehidupan aku seorang.. cukup bahagia.. haha, terlalu emosional aku kali ni.. tapi inilah yang aku ingin luahkan..

ke pada yang punya sahabat rapat tu, fikirlah baik-baik.. apa yang kita lakukan terhadap sahabat kita sebelum ini?? kita tinggalkannya ataupun sentiasa bersama dengan kita walau berada jauh?? apakah kita tahu masalah yang dihadapi olehnya?? pernahkah kita mencuba untuk memahami perasaannya terhadap apa yang kita katakan kepadanya?? pernahkah?? adakah kita bersahabat dan mendekati dia hanya sewaktu kita sepi?? adakah kita pernah melayaninya apabila kita tengah khusyuk bercerita tentang minat kita sewaktu bersama dengan orang lain?? pernahkah kita melayaninya dengan baik selayaknya seorang sahabat??

jawablah dalam diri masing-masing.. aku pun bukanlah sahabat yang sempurna.. tapi walaupun aku ni tidak sempurna, aku bukanlah jenis sahabat yang sia-siakan sahabatnya..


"LIFE IS FULL OF CHALLENGE. FACE IT!!"

CURRENTLY : Cute People(s) is reading
MOOD : Stay Happy, Strong & Smile.


Life Scene Fazila
The Author
"Ada ketikanya orang membenci sesuatu yang pada hakikatnya ia akan mendatangkan kegembiraan baginya"