♥RainbowLife♥
Aku bukan patung
Sunday 10 February 2013 |0 Smart&Cute People Talk

Assalamualaikum .. kepada readers yang sedang membaca post aku ni. Itupun kalau ada. ^_^Aku hairan. Pelbagai soalan yang muncul dalam hati aku ni.. Perlukah hati seorang tu dipermainkan tanpa sebab?.. Biarpun kawan, tapi bila menyangkut pasal hati, tolonglah ambil serius. Hmm.. Tidak hairanlah kalau suatu hari nanti , hati orang tu dipermainkan pula. Aku sedih tau tak. Walaupun hari-hari aku senyum. Setiap detik ataupun setiap saat aku senyum. 

Banyak orang tidak sedar yang sebenarnya dalam hati aku terdapat berjuta luka bila di buat macam tu.. Aku tidak suka dipermainkan. Aku tidak suka jadi bahan gelak atau ejekan. Lebih-lebih lagi kawan sendiri buat macam tu. Oh yeah! Dalam hal ni, biarlah aku tegas sikit. Aku bukan patung yang boleh diperlakukan dengan senang-lenang oleh sesiapa pun. Kawan, aku juga punya perasaan. Mungkin kalau kau yang di buat macam tu, kau okey jak.. tidak ambil kisah pun. Tapi bila kau buat macam tu, fikirlah juga perasaan orang lain. Perasaan manusia berbeza-beza... Sedikit kecewa aku terhadap kau.. Jangan sampai kau menambahkan lagi kekecewaan tu.. Aku cukup menghormati kau.. Jangan sampai hormat ku terhadap kau hilang kalau kau teruskan dengan sikapmu yang macam tu.. 

Tidak berniat untuk menyindir sesiapa.. Hanya sekadar post.. Dan yang paling penting, cerita tu bukan berkaitan tentang aku .. entah, tetiba terfikir macam tu. Sama ada cerita ni benar-benar menceritakan tentang aku ataupun tidak, biarlah itu menjadi peribadi. ^_^


"LIFE IS FULL OF CHALLENGE. FACE IT!!"

CURRENTLY : Cute People(s) is reading
MOOD : Stay Happy, Strong & Smile.


Life Scene Fazila
The Author
"Ada ketikanya orang membenci sesuatu yang pada hakikatnya ia akan mendatangkan kegembiraan baginya"